buat blog list

Sunday, 10 February 2013 21:24


Tutorial 50 : Membuat Bloglist di Blog Assalamualaikum.. Baru 3 hari tak online dah rasa macam 3 tahun lamanya, semua ini gara-gara abang berokband yang meragam tak diberi makan. Kalau terskip tak bagi makan mesti terus tidur tak bangun-bangun.. Jadi kenalah belanja abang beruk makan sebanyak RM191.. Bagi makan baru dia berfungsi semula. Memang cekik darah betul abang berukband aku ni..Baru terskip sebulan dan block.. CILAKAA.. Bakor je!! Ok hentikan membebel dan "soft" makian itu. Sebenarnya aku nak pencen kejap dari menjadi cikgu tutorial tapi dah ramai sangat minta macam mana nak buat bloglist.. Kepada sesiapa yang tahu dan kutuk-kutuk "elehh benda senang pun nak buat tutorial "..so pergi main jauh-jauh. Tutorial ini khas untuk blogger muda yang baru lahir so korang yang dah handal segala coding ni jangan belagak hidung galah muahaha.. @_____@ Ikuti langkah demi langkah untuk membuat bloglist ( Jangan lupa masukkan link blog ini sekali ecececeh ) 1. Sign in blogger > Design > Page Element > Add Gadget > 2. Pilih bloglist seperti gambar di atas. Lepas itu dia akan keluar seperti di atas.. Apa yang korang kena buat lepas ni ye?? Meh aku ajar macam satu persatu biar faham... Title : Ubahlah ikut yang korang nak contoh "blog gedik" Sort : Eloklah kalau korang pilih yang most recently updated takkan nak baca blog berhabuk kot Show : Korang boleh pilih untuk all atau yang top5..kalau mereka rajin update maka mereka akan berada di tangga teratas dalam senarai bloglist korang. 3. Masukkan link-link yang korang nak bloglistkan.. Blog I'm Following : Blog yang korang follow sahaja akan terlist.. 4. Lepas masukkan semua link untuk di"listkan" maka mari beramai-ramai tekan SAVE. Kalau korang nak buat bloglist banyak-banyak ulangi step yang sama.. Nanti korang namakan setiap ketegori blog yang korang rasa suka nak baca.. Selamat mencuba.. Daa.. SIla LIKE beramai-ramai!!

0 lovely notes